twitter
rss

PERJALANAN LATIHAN MENGAJAR
Untuk bergelar seorang guru bukan mudah. Seorang bakal pendidik itu perlu menjalani proses ilmu yang berperingkat  sebelum bergelar seorang guru yang profesional. Antaranya proses Latihan Mengajar atau lebih dikenali juga dengan ‘praktikum’ oleh pelajar-pelajar yang mengambil bidang pendidikan.
         Sepanjang perjalanan bergelar guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, pelbagai ilmu baru mengenai proses sebenar Pengajaran dan Pembelajaran telah saya peroleh. Segala pengalaman, detik pahit manis  telah saya lalui selama empat bulan bersama-sama sahabat seperjuangan saya. Lebih-lebih lagi, kami diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pembantu warden di Asrama SMK Seri Sepang.
         Menjadi warden asrama harian bukanlah mudah. Dengan mempunyai sebilangan pelajar yang hampir dua ratus orang, cukup memberikan pelbagai dugaan bergelar seorang guru dan juga warden. Kami dikejutkan lagi dengan ketiadaan warden lelaki yang dikehendaki untuk menjaga pelajar-pelajar asrama Sayidina (yang merupakan asrama pelajar lelaki).
         Saya dan sahabat, banyak bergiat secara aktif dalam aktiviti di dalam dan luar lingkungan asrama. Antaranya, menjadi pembantu guru pengiring Kejohanan Futsal Asrama Harian Selangor, pembantu guru pengiring dan juga jurulatih Nasyid bagi Pertandingan Nasyid Asrama Harian Selangor, pembantu guru pengiring Pertandingan ‘Paintball’ dan sebagainya. Saya juga sering diberi kepercayaan untuk membuat montaj setiap kali majlis di dalam asrama berlangsung. Antaranya ialah montaj sempena Majlis Sambutan Aidilfitri.


Majlis berbuka puasa dengan Sultan Selangor




Persiapan  dan Majlis Sambutan Hari Raya 2014


 

 



Montaj Pembukaan majlis



Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al Quran








Pertandingan Paintball Asrama Harian Selangor







Pertandingan Nasyid Asrama Harian Selangor




Pertandingan Futsal Asrama Harian Selangor






Sementara menjadi guru di sekolah pula, saya telah dilantik untuk menjadi guru Kelab Olahraga, guru Persatuan Pengakap, guru Persatuan Bahasa Melayu dan guru Rumah hijau. Kelab pengakap sering mempunyai aktiviti yang berpanjangan dan memerlukan komitment saya sepenuhnya dalam organisasi tersebut.






0 comments:

Post a Comment