Mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti
ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan
perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang
dilihat oleh manusia lain. Daripada aspek keguruan pula, sifat-sifat
personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang
perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk
kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan
kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi.
Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan
semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”. Hali ini
bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Berikut merupakan antara aktiviti ujian personaliti untuk mengenal pasti
personaliti seorang guru profesional: