twitter
rss

Mengikut Dictionary of Psychology (1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana yang dilihat oleh manusia lain. Daripada aspek keguruan pula, sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik, sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru. Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”. Hali ini bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Berikut merupakan antara aktiviti ujian personaliti untuk mengenal pasti personaliti seorang guru profesional:










PERJALANAN LATIHAN MENGAJAR
Untuk bergelar seorang guru bukan mudah. Seorang bakal pendidik itu perlu menjalani proses ilmu yang berperingkat  sebelum bergelar seorang guru yang profesional. Antaranya proses Latihan Mengajar atau lebih dikenali juga dengan ‘praktikum’ oleh pelajar-pelajar yang mengambil bidang pendidikan.
         Sepanjang perjalanan bergelar guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, pelbagai ilmu baru mengenai proses sebenar Pengajaran dan Pembelajaran telah saya peroleh. Segala pengalaman, detik pahit manis  telah saya lalui selama empat bulan bersama-sama sahabat seperjuangan saya. Lebih-lebih lagi, kami diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang pembantu warden di Asrama SMK Seri Sepang.
         Menjadi warden asrama harian bukanlah mudah. Dengan mempunyai sebilangan pelajar yang hampir dua ratus orang, cukup memberikan pelbagai dugaan bergelar seorang guru dan juga warden. Kami dikejutkan lagi dengan ketiadaan warden lelaki yang dikehendaki untuk menjaga pelajar-pelajar asrama Sayidina (yang merupakan asrama pelajar lelaki).
         Saya dan sahabat, banyak bergiat secara aktif dalam aktiviti di dalam dan luar lingkungan asrama. Antaranya, menjadi pembantu guru pengiring Kejohanan Futsal Asrama Harian Selangor, pembantu guru pengiring dan juga jurulatih Nasyid bagi Pertandingan Nasyid Asrama Harian Selangor, pembantu guru pengiring Pertandingan ‘Paintball’ dan sebagainya. Saya juga sering diberi kepercayaan untuk membuat montaj setiap kali majlis di dalam asrama berlangsung. Antaranya ialah montaj sempena Majlis Sambutan Aidilfitri.


Majlis berbuka puasa dengan Sultan Selangor




Persiapan  dan Majlis Sambutan Hari Raya 2014


 

 



Montaj Pembukaan majlis



Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al Quran








Pertandingan Paintball Asrama Harian Selangor







Pertandingan Nasyid Asrama Harian Selangor




Pertandingan Futsal Asrama Harian Selangor






Sementara menjadi guru di sekolah pula, saya telah dilantik untuk menjadi guru Kelab Olahraga, guru Persatuan Pengakap, guru Persatuan Bahasa Melayu dan guru Rumah hijau. Kelab pengakap sering mempunyai aktiviti yang berpanjangan dan memerlukan komitment saya sepenuhnya dalam organisasi tersebut.